Saturday, October 31, 2009

LANGKAH POSITIF PEMUDA PEMUDIKU

1. Pada 25 Okt yang lalu, PPU Cawangan Sri Gemuruh sekali mengatur langkah bijak dengan menyertai Sukan Komuniti Dun Pulau Manis yang berlangsung sepanjang hari di Kampung Sri Makmur, Pekan. Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah Futsal, Bola Tampar, Sepak Takraw dan Bola Jaring.
2. Yang manisnya ialah PPU Sri Gemuruh merupakan kontijen tunggal yang telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan dan kesungguhan yang ditunjukkan ini mendapat pujian rata-rata sahabat di vanue pertandingan. Sri Gemuruhkini ingin mengucapkan syabas terutama kepada Sdra Sazami Salim, Sdra Amirul Zakaria dan rakan-rakan yang lain.
3. Bagi penulis, kalah menang adat pertandingan. Perkara yang penting ialah semangat kesukanan yang tinggi, kerjasama dan perpaduan. Dengan semangat juang yang ditunjukkan, kontijen Sri Gemuruh berjaya menaiki podium bagi mengambil hadiah tempat keempat bagi futsal dan bola jaring. Pasukan bola tampar kecundang pada perlawanan penentuan ke separuh akhir dan pasukan sepak takraw tersingkir pada pusingan awal.
4. Walau apapun, syabas Sri Gemuruh dan teruskan langkah kalian!