Sunday, October 10, 2010

TEMUDUGA KOLEJ KEJURURAWATAN

Pada 9.10.2010, JKKK mengadakan mesyuarat bulanan dan antara agendanya ialah persiapan sebagai tuan rumah temuduga terbuka yang dianjurkan oleh pihak Kolej Segi. Temuduga terbuka ini akan diadakan pada 14 Oktober 2010 bertempat di Balairaya Kg Sri Gemuruh bermula jam 11 pagi hingga jam 3 petang.

Jadi, seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan layak memohon dijemput hadir beramai-ramai bagi mencuba nasib.

Tuesday, April 6, 2010

JKKK KAMPUNG SRI GEMURUH


Ada orang kata, bukan senang nak jadi pemimpin. Tapi banyak orang kata "sedapla jadi pemimpin". Saya kata, cubala try jadi pemimpin nak tau sedap ke tak sedap! Jadi pimpinan JKKK pun dah tentu pening belum lagi kalau nak dibandingkan dengan PM kita Dato Seri Najib.

Kalau tak dapat rotan, akar pun boleh. Kalau tak dapat gading bertuah, tanduk pun jadila! Nampak bergaya barisan JKKK Sri Gemuruh ni, terutama dengan baju biru.


Tetap gigih berusaha untuk menjadikan Sri Gemuruh terkenal di mata dunia!
(Gambar : Barisan JKKK Sri Gemuruh bersama YB Khairuddin Mahmud, ADUN Pulau Manis)